RSS

myfadzli.com

Selamat Tahun Baru 2009

Sunday, January 4, 2009

Rasanya tidak lambat lagi untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Masihi 2009 kepada semua kawan-kawan diluar sana. Harap-harap tahun baru ini akan memberikan kita azam yang lebih baik untuk kita meneruskan kehidupan kita.

Nampaknya ramai kawan-kawan kita sudah mula belajar. Ada yang telah kembali semula ke alam belajar. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang mengambil keputusan pada 30 Disember lalu. Setiap keputusan yang dapat itu merupakan titik tolak didalam setiap usaha yang kita keluarkan. Kalau mendapat keputusan yang kurang cemerlang, usaha lagi. SPM akan menyusul 2 tahun sahaja lagi. Buat yang terbaik semasa SPM nanti.

Semua pelajar universiti nampaknya telah kembali ke kolej kediaman masing-masing. Ada juga yang telah mula belajar. Aku juga tidak ketinggalan. Namun kebanyakkan kelas ditangguhkan sehingga minggu hadapan. Nampaknya lecturer sengaja memberi peluang kepada mereka-meraka yang belum lagi bersedia untuk belajar semula... nak ambil feel study katanya.. hehe...

Walau apa pun.. Semoga tahun baru nih memberikan azam yang baru dan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: