RSS

myfadzli.com

Keputusan PMR sudah keluar

Tuesday, December 30, 2008

jam menunjukkn 10:22am.. ermm sudah semestinyer keputusan PMR telah keluar.. ramai yang telah menunggu di sekolah untuk mengambil keputusan PMR tersebut.. tergambar di wajah masing-masing dengan perasan gembira, suka, duka, kecewa dan pelbagai lagi. ada yang menangis dan ada juga yang ketawa. setiap orang mempunyai ekspresi yang berbeza. walaubagaimanapun setiap keputusan yang keluar merupakan salah satu cabang peperiksaan yang telah direka oleh manusia untuk menilai perkembangan otak manusia. adakah setiap otak yang dikurniakan mempunyai nilai yang sama? ya. memang sama. cuma yang membezakan hanyalah cara kita berfikir tentang sesuatu. cara kita menilai tentang sesuatu secara positif mahupun negatif.

berbalik semula kepada tajuk asal. jam telah menunjukkan 10:32am tapi result belum juga keluar. mungkin di sesetengah sekolah telah mengeluarkan keputusan tersebut namun terdapat juga sekolah-sekolah yang agak lambat mengeluarkan keputusan PMR ini. debaran yang menunggu setelah berpenat lelah selama 3 tahun cukup memeritkan. namun begitu kita hendaklah tabah menghadapinya.

jam 11:00 am.. akhirnya keputusan PMR telah pun diumumkan. tergambar pelbagai ekspresi dari raut wajah setiap pelajar yang menduduki PMR. akanku luahkan segalanya dimasa akan datang...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: