RSS

myfadzli.com

Perhimpunan haram menyusahkan rakyat

Sunday, August 2, 2009


PASUKAN keselamatan menggunakan gas pemedih mata ketika menyuraikan perhimpunan haram bantah ISA di Jalan Kinabalu, semalam.


# Premis perniagaan ditutup
# Pengangkutan awam terjejas
# Lalu lintas sesak

KUALA LUMPUR: Perhimpunan haram yang diadakan semalam bagi membantah dan menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menjejaskan rutin harian penduduk ibu kota yang terpaksa mengalami kesesakan teruk dan peniaga di beberapa jalan utama mendakwa mengalami kerugian apabila terpaksa menutup premis perniagaan masing-masing.

Pengguna jalan raya di sekitar ibu kota pula mengeluh dengan menghubungi Berita Minggu apabila terpaksa berada berjam-jam dalam kenderaan dan lewat tiba ke destinasi masing-masing, berikutan sekatan jalan raya di beberapa jalan utama menghala ke bandar raya, antaranya laluan kedua-dua hala Lebuh Raya Seremban-Sungai Besi, Jalan Mahameru, Jalan Istana, Jalan Raja Laut, Jalan Travers dan Jalan Raja dibuat polis bagi menghalang perhimpunan haram itu.

Baca Sambungannya...

OK... korang mungkin dah baca artikel ini di laman web Berita Harian. Disini ak ingin membahaskan sedikit mengenai yang berlaku semalam di ibu negara. Benda nih pun disaksikan sendiri oleh kawan ak.. mmg mereka kata jalan sesak sampai x boleh jalan. Disini ap yang ak boleh simpulkan ialah :-

1. mereka yang mengadakan perhimpunan ini sebenarnya orang-orang yang menyukai negara Malaysia hancur.
2. mereka juga sebenarnya telah diracuni pemikiran oleh manusia-manusia yang tidak berhati perut dan juga yang menyukai keganasan.
3. perkara sebenarnya menunjukkan kelemahan orang melayu itu sendiri dimana mereka sangat taksub kepada pemimpin mereka (semangat assabiah)
4. hukum mengadakan rusuhan adalah haram dimana ia menjejaskan perniagaan orang islam itu sndr dan juga dapat meruntuhkan ekonomi negara
5. institusi keluarga juga turut musnah akibat melakukan batahan ini dimana jika mereka tertangkap, ahli keluarga juga akan mendapat malu.
6. dan lain-lain..

Oleh itu, sebagai orang yang beragama Islam diharamkan melakukan sesuatu yang mengikuti cara-cara orang jahiliah. Kita sebagai manusia yang dikurniakan akal dan fikiran hendaklah digunakan sebaik-baiknya bukan untuk digunakan melakukan sesuatu perkara yang boleh merosakkan sesuatu itu. Ok nanti ak update post ini dengan Temubual Eksklusif bersama Dr Muhammad Uthman El- Muhammady

*NotaKaki
semangat assabiah merupakan semngat taksubkan kepada pemimpin mereka. semangat ini selalu diamalkan pada zaman jahiliah sebelum kedatangan Rasulullah SAW. Jika kita mengikuti semangat ini secara negatif secara tidak langsung kita mula jatuh kepada tahap orang jahiliah yang suka melakukan pergaduhan. jika dilakukan secara positif insyaAllah kita akan berjaya didunia dan diakhirat..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Anonymous said...

kau cakap macam tu sebab kau ni pro bn kan?

Tuah said...

pro bn? sori la.. huhu.. ak akademik person x masuk cmpur bnd2 nih.. ak cuma x mahu disebabkn bnd2 nih periuk nasik orang lain tergendala... cth k.. klo kedai ko kt situ.. lepas tuh ad org bt bantahan or wat ever.. ko mst tutup kedai kn. takut ap2 berlaku lak..

lg 1.. time bantahan tu.. ko tgk x jalan raya mcmn? sesak sangat.. klo orang nk bersalin.. time tuh la bersalin gk.. sbb xleh nk bergerak pn.. kn pikir bnd tuh sblm bt sesuatu perkara...